IN TMJ WE TRUST

In TMJ We Trust

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sekali lagi membuat perubahan drastik dalam barisan kejurulatihan mereka. Tunku Mahkota Johor juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tahu apa yang beliau lakukan.

Sebagai penyokong ia adalah isyarat yang jelas bahawa TMJ bukanlah orang yang menggemari kekalahan. Kalah tetap kalah tetapi baginda bertindak segera dengan membetulkan segala kepincangan yang ada.

Jika ditanya mengapa barisan kejurulatihan baru ini yang dipilih, jawapannya sangat mudah. Luciano Figueroa, Benjamin Mora dan Hamzani Omar sudah lama berada di dalam pasukan JDT. Mereka faham akan falsafah dan visi kelab. Jurulatih dari luar mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menyesuaikan diri.

Pemain juga sudah lama berlatih bersama Figueroa dan Mora. Oleh itu penerapan taktikal dan sefahaman pasukan lebih lancar dan tidak melibatkan perubahan yang drastik. Satu perkara yang sangat penting dalam bolasepak profesional.

Faktor jurulatih itu juga penting. Figueroa walaupun jurulatih baru namun pengalaman beliau bermain di Sukan Olimpik Athens 2004 dan Piala Konfederasi Jerman 2005 bersama pasukan Argentina pasti membawa idea baru dalam permainan JDT. Beliau juga sudah faham dengan corak permainan di Malaysia ini.

Benjamin Mora kembali untuk terus membuktikan bahawa beliau adalah insan yang tepat untuk menggalas misi JDT di Asia. Perlawanan menentang Gamba Osaka boleh dikatakan antara permainan terbaik JDT. Corak tiki taka yang diterap Mora pasti menambah sengat serangan JDT.

Memetik kata-kata Safiq Rahim, pemain serta jurulatih datang dan pergi tetapi kekuatan utama JDT terletak pada TMJ sendiri. Tanpa baginda, kelab umpama kapal hilang nakhoda. Ini dibuktikan ketika tewas kepada MIFA tempoh hari.

JDT juga mempunyai ramai pemain yang hebat. Mereka sudah sinonim untuk mengadaptasi taktikal walau dari siapa pun jurulatih mereka. Kualiti ini juga adalah faktor kejayaan JDT selama ini.

 

Oleh itu sebagai penyokong, kita harus percaya dan menerima rombakan ini secara positif. TMJ mahukan yang terbaik untuk kelab beliau. Kita patut bersyukur kerana dikurniakan pemerintah berjiwa rakyat yang sanggup berbuat apa sahaja demi menggembirakan kita bangsa Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Luaskan Kuasamu Johor

Hisham Mat Den, Kempas

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply