APA SALAH JOHOR?

 

APA SALAH JOHOR?

Sumber: Sini Laken

 

SUKMA Perak 2018 baharu sahaja bermula semalam tetapi sudah macam-macam kontroversi melibatkan atlet-atlet dari Johor. Seperti sebelum ini semua tahu perkelahian melibatkan perlawanan bolasepak di antara pemain Johor dan Terengganu, Bukan mahu menegakkan benang basah tetapi sudah disahkan sendiri oleh komisioner perlawanan itu yang mengesahkan pasukan Terengganu yang memulakan pekelahian. Dua kali sepakan penalti untuk pasukan Johor dinafikan oleh pengadil.

 

Di arena Futsal perlawanan di antara Johor dan Kuala Lumpur pula lain pula ceritanya. Daripada rakaman-rakaman video amatur memang jelas dilihat pemain-pemain Johor kerap diprovok tetapi nasib baik pemain Johor tidak melayan serangan provokasi pasukan lawan. Tahniah kepada pasukan futsal Johor yang terus matang tidak melayan provokasi ini yang mana sudah pasti pasukan Johor akan tetap dipersalahkan nanti.

 

 

Di hari pembukaan SUKMA semalam pula pasukan kontinjen Johor juga telah di provok. Sampai begitu sekali sikap anti kehadiran pasukan Johor. Di mana perginya semangat kesukanan dan sifat moral tinggi yang perlu diterapkan dalam sukan. Bukankah SUKMA adalah medan  mengumpulkan atlet-atlet muda bertarung demi masa depan sukan negara. Jika diperingkatkan ini pun sudah ada sentimen membenci Johor entah apa lagi nasib-nasib sukan yang melibatkan negeri Johor di masa-masa akan datang.

 

Muafakat Itu Berkat

HS

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply